Lapor portal Saudi Gazette, ketibaan mereka disambut de­ngan meriah oleh pihak berkuasa Arab Saudi, Persatuan Pelumba Basikal Arab Saudi dan Persatuan Pelumba Taibah.

“Sesungguhnya ini adalah ins­pirasi kepada penunggang basikal dan pengalaman yang menarik untuk mengalu-alukan kedatangan jemaah haji dari Britain ke kota suci ini,” kata Mohammed al-Sarani dari Persatuan Pelumba Taibah.

Rombongan berkenaan dibe­nar­­kan untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Nabawi.

Lapor Agensi Berita Arab Saudi, rombongan terbabit bertolak dari London pada 14 Julai dan me­rentasi beberapa buah negara seper­ti Perancis, Switzerland, Itali, Gree­ce dan Mesir sebelum sampai ke Arab Saudi.

Rombongan itu sepatutnya meng­­­gunakan laluan Turki, Sy­ria dan Jordan tetapi disebabkan faktor keselamatan, mereka terpaksa be­layar dari Greece ke Mesir dan kemudian menaiki pesawat ke Jeddah.

Sementara itu, ketua rombo­ngan, Abdul Wahid Don White ber­kata, ekspedisi tersebut bertujuan untuk menyampaikan gam­­­baran di negara yang dilalui bahawa Islam sebagai agama ke­amanan dan toleransi.

“Orang mengatakan anda perlu mengubah segala-galanya tentang kamu ketika menjadi Muslim. Saya berfikir panjang tentang bagaimana saya boleh menggabungkan kehidupan saya.

“Saya fikir saya suka berbasikal dan saya mahu pergi menunaikan haji, jadi mengapa kita tidak kembali kepada cara mengembara yang dahulu?” ujar Abdul Wahid dipetik oleh portal Al Arabiya English.