Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Pornsak Poolsawat berkata pihak berkuasa Thailand akan meningkatkan kawalan di sempadan sepanjang kira-kira 95 kilometer di daerah Sungai Golok, Sukhirin, Waeng dan Tak Bai di Daerah Narathiwat bersempadan dengan Kelantan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

“Laluan tikus itu sering digunakan kumpulan sindiket penyeludupan dan selain itu, kumpulan anggota bersenjata juga menggunakan laluan tikus untuk melarikan diri dari pihak berkuasa Thailand.

‘Pihak keselamatan akan mempergiatkan rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti bagi mengekang aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau juga menyaran penduduk tempatan di sepanjang sempadan itu agar tidak lagi menggunakan laluan tikus tersebut. -BERNAMA