Kerajaan menyalahkan keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan pemberontak Islam di Sudan Selatan, di mana militia bebas masih beroperasi selepas pembentukan kerajaan peralihan, sekali gus menamatkan konflik lebih dua tahun antara Presiden Salva Kiir dan bekas timbalannya Riek Machar pada April lalu.

Kira-kira 70,000 orang melarikan diri dari kediaman mereka di bandar Wau sejak Jumaat lalu, kata MSF.

Sebanyak 10,000 orang daripada mereka melarikan diri ke sebuah pangkalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan ramai lagi dilapor akan tiba di pangkalan itu.

“Kami tidak tahu berapa ramai yang terbunuh, tetapi banyak mayat bergelimpangan di jalan raya,” kata timbalan penyelaras perubatan MSF, David Kahindi.

MSF merawat 334 orang yang cedera terkena tembakan, cedera akibat dirogol, dan penyakit.

Berpuluh-puluh ribu dibiarkan terbunuh dan lebih dua juta lagi hilang tempat tinggal di Sudan Selatan selepas berlaku perebutan kuasa antara Kiir dan Machar sebelum ia memuncak menjadi konflik bersenjata pada Disember 2013.

Jurucakap kerajaan, Michael Makuei berkata, pertempuran di Wau telah membabitkan tentera menentang kumpulan pemberontak baharu diketuai tokoh politik veteran Islam, Ali Tamim Fartak. – AGENSI