Menurut penganjur protes terbabit, mereka menuntut agar kerajaan menghentikan rancangan untuk memindahkan Stesen Udara Tentera Marin AS Futenma dari daerah Ginowan ke kawasan pesisiran Henoko di Nago, Okinawa.

Sebelum ini, bekas Gabenor Okinawa, Takeshi Onaga yang meninggal dunia awal minggu ini, menentang habis-habisan rancangan berkenaan dengan mengadakan kempen anti-pangkalan AS.

Anak kepada Onaga, iaitu Takeharu berkata kepada penunjuk perasaan, bapanya telah menghabiskan banyak masa menentang pelan terbabit walaupun ketika dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kanser.

“Mari berjuang bersama-sama supaya kita boleh memberitahu mendiang bapa saya suatu hari nanti bahawa pelan penempatan semula telah dihentikan,” katanya. - BERNAMA