Mereka yang ditahan adalah seorang lelaki berusia 28 tahun, ibu bapa lelaki itu yang berusia 47 dan 54 tahun, tiga adik lelaki berusia antara 13 dan 24 tahun serta adik ipar perempuan (24 tahun).

ABF dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, kesemua mereka ditahan di rumah sewa mereka di sebuah kawasan kotor dan agak menjijikan .

Katanya, semakan awal mendapati, lelaki yang berusia 28 tahun itu tinggal di negara itu secara haram sejak Julai 2017 dan bekerja di sektor pertanian. Kedua-dua adik lelakinya juga dilaporkan bekerja secara haram.

Portal Channel News Asia melaporkan kesemua mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat. -AGENSI