Difahamkan, bom yang digunakan ketika era Perang Dunia Kedua itu terpaksa dimatikan sebagai langkah berjaga-jaga selepas bahan letupan tersebut seakan tidak berfungsi.

Menurut Ketua Keselamatan Frankfurt, Markus Frank, operasi berkenaan adalah yang terbesar di Jerman setakat ini khususnya selepas era pasca perang.

Bom buatan British seberat 1.8 tan yang turut dikenali sebagai ‘Wohnblockknacker’ dalam kalangan media Jerman itu ditemukan ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan Selasa lalu dan mampu memusnahkan seluruh bangunan dan jalan raya di kawasan itu jika meletup. - AFP