Portal berita BBC melaporkan, kira-kira 70 orang termasuk pelajar dan guru-guru daripada beberapa buah sekolah sedang menjalankan latihan mendaki gunung di kawasan pergunungan di bandar Nasu ketika bencana berlaku.

Menurut agensi berita Kyodo, enam pelajar telah diselamatakan dan pegawai bantuan masih menyiasat angka sebenar mangsa yang cedera dan masih hilang.