ANGELA Merkel. - AFP

Tinjauan yang dilakukan oleh stesen penyiar ZDF menunjukkan 22 peratus rakyat Jerman berpendapat pakatan tersebut adalah idea yang buruk manakala 15 peratus lagi tidak khuatir berkaitan usul berkenaan.

Selain itu, tinjauan terbabit juga menunjukkan pakatan CDU dan Parti Demokrat Sosial (SPD) yang pernah memerintah negara tersebut sejak empat tahun lalu, tidak menerima sokongan penuh.

SPD yang mengalami kekalahan teruk sejak era selepas perang pada pilihan raya minggu lalu berkata, mereka akan terus menjadi pembangkang di peringkat nasional - satu langkah disifatkan bagus oleh 63 peratus rakyat Jerman. - Agensi