Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), daripada jumlah tersebut, dianggarkan kira-kira 10,000 hingga 15,000 pelarian Rohingya terkandas selepas tiba di sempadan Bangladesh dalam tempoh 48 jam lalu.

Jurucakap Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Andrej Mahecic berkata, kerajaan negara ini perlu segera menangani keadaan itu bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buurk terutamanya kepada kanak-kanak Rohingya.

“Setiap minit adalah penting untuk memastikan keadaan pelarian yang terkandas di sempadan negara ini selamat dan selesa.

“Kebanyakannya berjalan selama seminggu dalam keadaan tidak cukup makan serta minum sebelum tiba ke Bangladesh,” katanya. – AFP