Jurucakap Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM), Olivia Headon berkata, lima mayat telah ditemukan manakala 50 masih hilang namun mangsa dikhuatiri mati lemas.

Kejadian hari ini merupakan yang kedua di wilayah Shabwa, selatan Yemen selepas kejadian seramai 55 remaja pendatang Afrika sengaja dilemaskan selepas penyeludup memaksa seramai 120 pendatang meninggalkan bot, semalam. - REUTERS