ORANG ramai dan pasukan penyelamat berkumpul di sekeliling bas yang terlibat dalam nahas di daerah Jagtial, negeri Telangana, India hari ini. - AFP

“Kami telah menarik keluar mayat dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” kata pegawai kanan pentadbiran tempatan, B.Rajesham.

Penumpang yang terselamat dalam kejadian di daerah Jagtial, negeri Telangana itu menerima rawatan ekoran kecederaan dialami.

Siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

Ketika kejadian, bas berkenaan dalam perjalanan pulang dari kuil Kondagattu Anjaneya Swamy. - AFP