Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang menyelesaikan pemeriksaan latar belakang untuk lima lagi kanak-kanak menjelang tempoh akhir ‘penyatuan semula’ yang diberikan oleh mahkamah.

Ibu bapa di pusat tahanan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS dibawa ke lokasi berdekatan dengan anak-anak mereka dan kesemua mereka akan dibebaskan.

Akhir bulan lalu, Hakim Daerah di San Diego, Dana Sabraw menetapkan tempoh selama 14 hari untuk menyatukan semula kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dengan ibu bapa mereka. - AP