Jurucakap Menteri Kesihatan, Joshua Malango berkata, empat orang dilaporkan maut akibat penyakit tersebut dan menjadikan jumlah mangsa seramai lapan orang setakat ini.

Tambah beliau, kes terbaharu dicatatkan di daerah Malawi Tengah dan Utara.

“Ia berpunca daripada minum minuman yang tercemar. Kami telah meningkatkan penyemburan klorin di kawasan-kawasan yang terjejas,” kata Malango. - REUTERS