Difahamkan, gunung berapi yang terletak kira-kira 75 kilometer (km) dari kawasan tumpuan pelancong, Kuta di Bali itu telah menunjukkan tanda-tanda akan meletus sejak Ogos lalu.

Jika menjadi kenyataan, letusan tersebut adalah yang pertama dalam tempoh lebih 50 tahun.

Dalam pada itu, jurucakap agensi Mitigasi Bencana Indonesia, Sutopo Purmo Nugroho berkata, sehingga kini, seramai 48,540 orang telah dipindahkan dan jumlah tersebut mungkin meningkat sehingga melebihi 60,000 tidak lama lagi.

“Ketika ini, masih ramai yang enggan berpindah dengan alasan, gunung berapi itu masih belum meletus.

“Malah, ada juga yang enggan berbuat demikian kerana bimbang dengan nasib haiwan ternakan mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini. -AFP