Menurut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA), ke­semua mangsa menga­lami sindrom Cushing dan diabetes tidak terkawal selepas minum Jus Al Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif.

Lapor Channel News Asia, sindrom Cushing menyebabkan muka seseorang itu menjadi bulat atau ‘wajah bulan’ dan obesiti badan di bahagian atas tetapi kaki dan tangan kurus.

Satu lagi kesan sampingan berlaku adalah peningkatan paras glukosa dalam darah yang membawa kepada diabetes, te­kanan darah tinggi, katarak, penyakit tulang, peningkatan risiko jangkitan dan lemah otot.

Jus berkenaan dan satu lagi jus dikenali sebagai Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif telah diuji dan didapati me­ngandungi ramuan ubat yang tidak disahkan iaitu dexsamethasone dan prednisolone.

Kedua-dua bahan berkenaan adalah steroid yang kebiasaannya digunakan untuk masalah radang dan hanya boleh diambil di bawah penyeliaan doktor.

Selain itu, sejenis bahan iaitu diklofenac, turut ditemukan da­lam Jus Al Sunnah Gold 1001 Kha­siat Jus Alternatif.

Diklofenac merupakan ubat penahan sakit yang kuat dan boleh menyebabkan pendarahan organ perut yang serius selain serangan jantung dan strok sekiranya digunakan untuk tem­poh yang lama.

HSA menasihatkan mereka yang mengambil kedua-dua pro­duk itu agar berjumpa de­ngan doktor kerana berhenti mengambil steroid secara tiba-tiba tanpa penyeliaan peruba­tan boleh menyebabkan simptom mengundur.

Simptom mengundur ter­­masuk letih, keliru dan tekanan darah rendah, khusus­nya apabila produk ber­kenaan diambil untuk tempoh me­lebihi beberapa minggu.

Ujar HSA, jus terbabit dijual secara dalam talian di sebuah kedai dikenali sebagai Queens Beauty Sg di Haig Road.

“HSA telah bekerjasama dengan pengurusan platform e-dagang tempatan untuk menarik balik iklan tersebut dan meminta kedai itu memberhentikan penjualan produk berkenaan,” kata HSA.