Seorang pegawai berkata, seorang penumpang wanita terselamat namun cedera manakala seorang lagi masih belum ditemukan.

Pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki untuk menghampiri lokasi bangkai helikopter di kawasan hutan di lereng bukit berdekatan kejiranan daerah Nuwakot.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengesahkan helikopter itu terhempas di Dhadhing, daerah berhampiran.

“Lima mayat, termasuk seorang rakyat Jepun, ditemukan. Kami cuba untuk menyelamatkan penumpang yang cedera dan mencari seorang yang hilang,” kata ketua polis Nuwakot, Basanta Bahadur Kunwar.

Helikopter itu membawa enam penumpang termasuk seorang rakyat Jepun, terputus hubungan dengan kawalan trafik udara selepas berlepas dari daerah tengah Gorkha.

Kunwar turut berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan usaha menyelamat. - AFP