Gempa bermagnitud 7.5 diikuti tsunami telah meranapkan Palu pada 28 September lalu.

Lebih 2,000 mayat telah ditemui setakat ini sejak bencana berganda itu melanda Sulawesi.

Tetapi pihak berkuasa khuatir lebih 5,000 lagi mangsa mungkin tertimbus di bawah runtuhan bandar itu di mana keluruhan kampung telah ditelan bumi,

Pekerja penyelamat berhadapan dengan kesukaran untuk mencari mayat mangsa ekoran runtuhan dan menjadi lebih sukar apabila lumpur mula mengeras dan mayat mula mereput.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa akan berakhir petang Khamis ini,” kata pengarah lapangan SAR di Palu Bambang Suryo kepada AFP.

Kerajaan sebelum ini memberi gambaran bahawa kawasan yang teruk dibadai bencana itu akan dibiarkan tanpa disentuh sebagai kubur besar mangsa.

Taman peringatan dan tugu dicadangkan di tiga tempat yang terkesan teruk - Balaroa, Petobo dan Jono Oge - sebagai memperingati ribuan mangsa yang mayat mereka gagal ditemui.

Zon ini semuanya musnah akibat pencairan tanah, fenomena di mana kesan gempa yang kuat telah menjadi tanah sebagai pasir jerlus. - AFP