Rang undang-undang yang dibentangkan badan penggubal dasar parti Fidesz itu antara lain mencadangkan peningkatan had maksimum dan tempoh kiraan kerja lebih masa tahunan.

Pekerja kilang, Gyorgy Kalman, 47, yang menyertai protes menentang keras cadangan yang diumpamakan pengkritik seperti undang-undang perhambaan.

“Bayaran gaji sepatutnya dinaikkan, bukan had kerja lebih masa.

“Kita wajar membela nasib sendiri seperti dilakukan orang Perancis,” katanya merujuk kepada gerakan ves kuning.

Bantahan tersebut turut disertai wakil daripada beberapa parti pembangkang negara itu.

Kerajaan Hungary berpandangan pindaan tersebut akan membawa manfaat kepada pekerja yang ingin menerima lebihan pendapatan dengan bekerja lebih masa.