Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Huacho, 130 kilo­meter utara ibu kota ke Lima.

Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya pesisiran pantai, kira-kira 45 kilometer di utara ibu kota.

Seramai 55 orang penum­pang dan dua pekerja dilaporkan berada di dalam bas berkenaan sewaktu kejadian terbabit.

Menurut pihak polis tempatan, usaha mengeluarkan mayat dari bas tersebut terpaksa ditangguhkan pada waktu malam ekoran fenomena air pasang.

Sebuah helikopter digunakan untuk membawa anggota ke­selamatan ke tempat bas ber­kenaan berada manakala anggota lain menuruni gaung menggunakan tali.

Sementara itu, seramai lima orang dilaporkan selamat dalam insiden berkenaan dan kesemuanya sudah dihantar ke hospital.

“Bagi kami, sangat menyedihkan untuk melihat kemalangan sebesar ini. Kesedihan ditanggung oleh sanak saudara mang sa turut dirasai oleh saya,” kata Presiden Pedro Pablo Kuczynski di dalam laman Twitter. – AFP