Mereka dikatakan menyebabkan kerugian sebanyak AS$257 juta (RM1 bilion) menerusi skim pinjaman melibatkan Bank Pembinaan Vietnam (VNCB).

Bekas pengerusi VNCB, Pham Cong Danh didapati bersalah terlibat dengan skim berkenaan yang membabitkan antara VNCB, bank bersekutu lain dan 29 syarikat swasta.

Syarikat-syarikat tersebut bagaimanapun gagal membayar pinjaman itu dan VNCB akhirnya dijual kepada bank pusat harga AS$0 pada 2015. - AFP