Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 100 orang pendatang bersesak-sesak menaiki sebuah bot pemerdagangan manusia yang berlepas dari pelabuhan Bossasi di Somalia, malam kelmarin.

Bot dinaiki mereka bagaimanapun terbalik selepas dipukul ombak besar di Teluk Aden kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan semasa menghampiri destinasinya. - AFP