Hujan lebat sejak minggu ini menyebabkan kawasan utara wilayah Hoa Binh terjejas teruk, mengakibatkan banyak kehila­ngan nyawa.

“Kami mengerahkan semua pihak untuk mencari mangsa yang hilang,” jelas pegawai bencana di wilayah itu kepada AFP melalui perbualan telefon.

Sementara itu, seorang wartawan Vietnam Press Agency diha­nyutkan arus deras di wilayah Yen Bai semalam dan pihak berkuasa masih berusaha mencari mangsa.

Rakaman gambar dikeluarkan oleh media tempatan menunjukkan orang ramai meredah laluan yang dinaiki air dan kawasan hutan yang terjejas akibat tanah runtuh di beberapa kawasan.

Seorang penduduk tempatan, Phan Ba Dien berkata, beberapa kawasan di wilayah Hoa Binh dilanda banjir, menyebabkan perintah darurat dikeluarkan.

“Banjir yang dahsyat. Air me­ngalir turun dari bukit yang se­tinggi tiga meter. Laluan trafik terhenti disebabkan banjir,” katanya.

Menurut agensi bencana tempatan, sekurang-kurangnya 400 milimeter hujan telah dicatatkan sejak Ahad lalu. – AFP