Kesemua pendatang tersebut belayar dari Libya dengan menggunakan kapal kayu yang dikenal pasti pada awal pagi semalam ketika melalui perairan di bawah kawalan Malta.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini, yang mempunyai kuasa ke atas pelabuhan di negara itu, enggan membenarkan kesemua pendatang itu berlabuh.

Malahan, dia mengarahkan dua bot berkenaan supaya menuju ke Libya atau Malta.

Namun Malta menegaskan kapal terbabit berada berdekatan dengan pulau Lampedusa di Itali dan pendatang mahu ke negara itu. - AFP