Pihak berkuasa terpaksa berbuat demikian kerana berlaku kebimbangan tahap kebersihan di taman terbabit susulan kewujudan tikus serta sesetengah pendatang mengalami penyakit kudis.

Permohonan pencari suaka politik di Nantes telah meningkat kepada 28 peratus dalam tempoh setahun.

Pihak berkuasa menyatakan akan membantu memberi perlindungan kepada pencari suaka ‘sebanyak mungkin’ tetapi memberi amaran kemudahan sedia ada di bandar berkenaan sukar menampung kebanjiran pendatang. - AFP