Jurucakap tentera, Restituto Padilla berkata, rangka mereka ditemui ketika operasi membersihkan kawasan terbabit daripada militan selesai.

Enam daripada rangka itu dipercayai milik mereka yang dikenakan hukuman mati dan video tersebut dimuat naikkan di dalam internet.

“Kita yakin lebih banyak lagi rangka akan ditemui ekoran menentang arahan kumpulan militan ini,” katanya dalam kenyata­an.

Jumlah kematian keseluruhan akibat konflik berkenaan kini mencecah 529 termasuk 392 militan dan 92 pegawai keselamatan.

Dalam insiden terbaharu semalam, dua anggota tentera dilaporkan maut selepas sebutir bom yang digugurkan oleh sebuah pesawat pejuang tersalah sasar sejauh 250 meter. – DPA