Seorang jurucakap kerajaan tempatan negeri Himachal Pradesh, Anil Chauhan berkata, hanya dua daripada 46 orang penumpang yang terselamat dalam kejadian itu iaitu konduktor bas dan seorang penumpang yang sempat terjun sebelum nahas.

Katanya, usaha menyelamat mangsa sudah dilancarkan di lokasi kemalangan berhampiran Nerwa, sebuah bandar kira-kira 110 kilometer dari Shimla ibu negeri Himachal Pradesh. - REUTERS