Menurut pegawai kesihatan enggan dikenali, kesemua mayat telah dibawa ke hospital di barat bandar pelabuhan Hodeibah dan 35 orang lagi turut dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Punca kejadian masih lagi belum dikenalpasti sehingga kini.

Sementara itu, Organisasi Migrasi Antarabangsa berkata, 80 orang pelarian berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital, termasuk 24 yang berada dalam keadaan kritikal. - AFP