Menteri Kesihatan negara ini, David Parirenyatwa berkata, kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di tiga buah hospital di bandar ini.

Rakaman video yang dikongsi pengguna Internet dalam media sosial menunjukkan satu letupan berlaku berhampiran Presiden Emmerson Mnangagwa selepas beliau berucap kepada penyokongnya di Stadium White City, di sini.

Beliau yang membuat kenyataan selepas insiden itu berlaku memaklumkan bahawa serangan itu menyasarkan dirinya dan bersyukur terselamat daripada perkara yang tidak diingini. – AFP