Sementara itu, jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid berkata, letupan berkenaan berlaku berhampiran pintu masuk ke Kedutaan Jerman.

“Letupan berlaku di Kedutaan Jerman, tetapi terdapat beberapa bangunan dan pejabat berhampiran situ. Jadi agak sukar untuk mengetahui sasaran letupan itu,” kata Basir.

Setakat ini, tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - UTUSAN ONLINE