Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahid Majrooh, 12 lagi warga tempatan turut cedera dalam serangan terbabit.

“Angka korban terakhir melibatkan warga tempatan ialah 25,” ujar Wahid lagi.

Dengan 15 orang warga asing yang disahkan terbunuh dalam insiden tersebut, ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan mencecah 40 mangsa.

Selain itu, para penyiasat masih lagi meneliti bagaimana penyerang meloloskan diri daripada kawalan pengawal di hotel terbabit. - AFP