Kematian itu dilaporkan dari ladang lembu yang besar di desa Ghummanhera, terletak di barat Delhi.

Satu siasatan menyeluruh telah dibuat dan insiden ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk kampung terhadap penyebaran wabak itu.

Seorang polis senior Delhi berkata, doktor veterinar sedang melakukan siasatan ke atas kematian lembu, termasuk bedah siasat kesemua lembu yang mati.

Sebaik sahaja laporan doktor dikemukakan, tindakan undang-undang selanjutnya mengikut akan diambil.-BERNAMA