AFP yang memetik Komisioner Mike Bush sebagai berkata, polis turut merampas beberapa peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED) bersama-sama kumpulan pengganas itu.

Beliau mengesahkan banyak nyawa terkorban dalam insiden serangan itu, tetapi jumlah sebenar mangsa yang terbunuh masih belum didedahkan setakat ini. -AGENSI