Bangkok Post melaporkan, dadah yang dipercayai diseludup dari utara dan tenggara Thailand itu dalam proses penghantaran ke wilayah selatan termasuk Malaysia.

Difahamkan, serbuan yang dilakukan di sebuah rumah dalam kawasan kebun getah di perkampungan Huay Luek itu melibatkan hampir 100 anggota penguat kuasa bahagian narkotik serta polis tempatan.

Ketika ditemukan, kesemua dadah tersebut diletakkan dalam 20 bungkusan baja yang disembunyikan di bawah longgokan buah dan sayur-sayuran.

Tiga individu turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah ber­kenaan.

Mereka yang ditahan ialah pemandu trak, Ritthichai Thongpueng, 30, dari Krabi serta dua pembantunya iaitu seorang lelaki dan perempuan, kata Gabenor Trang, Siripat Pattanakul.

Menurut Siripat, Trang digunakan sebagai lokasi transit sebelum dadah tersebut dihantar ke selatan Thailand dan Malaysia.

Tambahnya, siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan ketika ini.