Menurut koresponden Al Jazeera, Bernard Smith, penye­rang telah ditembak mati di lokasi kejadian.

Susulan insiden itu, seba­nyak 10 askar terperangkap di bawah trak berkenaan dengan tiga daripadanya parah.

Gambar disiarkan di laman sosial menunjukkan kesan tembakan pada cermin hadapan trak berwarna putih tersebut.

Polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, mangsa sedang turun daripada sebuah bas apabila pemandu trak berkenaan secara tiba-tiba merempuh mereka.

Seorang jurucakap polis Israel memberitahu Israel Radio, kejadian adalah satu serangan keganasan.

Kejadian itu berlaku lebih setahun selepas penduduk Pa­lestin dipertanggungjawabkan dalam siri serangan terhadap anggota pasukan keselamatan Israel yang didakwa terbunuh akibat ditikam termasuk oleh kanak-kanak.

Sejak Oktober 2015, seba­nyak 247 penduduk Palestin terbunuh, Israel (40), Amerika Syarikat (2), dan masing-masing seorang dari Jordan, Eritrea dan Sudan dalam siri insiden serupa. – AFP