“Susulan serangan pagi ini terhadap sebuah bas di Pasar Dahyan, utara Saada, hospital yang dibiayai oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menerima puluhan mangsa yang maut dan tercedera,” ujar ICRC menerusi Twitter.

Menurut laporan berita milik pemberontak Houthi, Al Masirah TV, seramai 39 orang dilaporkan terkorban manakal 51 lagi cedera, kebanyakannya kanak-kanak.

Menurut stesen televisyen berkenaan, serangan udara itu dilancarkan oleh tentera pakatan diketuai oleh Arab Saudi. - AFP