RANJIT Kaur memegang foto anak lelakinya, Jatinder Singh (kiri) yang dibunuh sewaktu diculik oleh kumpulan pengganas Daesh di Iraq pada 2014. - AFP

Mayat mereka ditemukan di kampung Badush, barat daya Mosul dan telah dibawa ke organisasi tempatan untuk ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Kesemua mangsa berkenaan diculik ketika Daesh menawan sebahagian besar wilayah di Iraq termasuklah Mosul.

Kerajaan India sebelum ini berulang kali menyatakan kesemua mangsa masih hidup dan perkembangan terbaharu itu mencetuskan kritikan daripada keluarga mereka. - AFP