Akhbar rasmi Myanmar, Light New Global melaporkan, lebih 400 orang dijangkiti virus itu dalam tempoh dua bulan dan kes kematian kebanyakannya dicatat di wilayah Yangon, Ayeyarwady dan Bago.

Menurut Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, sehingga kini, kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatan mereka bertambah baik.

Sementara itu, kadar jangkitan influenza bermusim itu di kawasan awam termasuk sekolah, tempat kerja dan tempat-tempat yang sesak dilaporkan sudah semakin menurun.

Wabak itu mula dikesan di negara ini pada tahun 2009 dan 2016 tetapi masih ramai yang tidak menyedari simptom-simptom penyakit itu.

Myanmar dilaporkan menerima bantuan perubatan termasuk vaksin pencegahan terhadap selesema babi dari beberapa negara jiran termasuk China.

Pihak berkuasa juga telah mengambil langkah-langkah yang meluas terhadap penyebaran virus, mitigasi kematian dan melancarkan program pendidikan bagi mendesak orang ramai mematuhi usaha pencegahan yang disyorkan.-BERNAMA