Badan dunia itu yang telah memberi amaran serangan besar-besaran terhadap wilayah berkenaan akan mencipta `malapetaka kemanusiaan paling buruk’ bagaimanapun telah pun mewujudkan pelan untuk menghadapi situasi itu.

Pelan berkenaan bagi membantu 900,000 penduduk untuk keluar daripada kawasan terbabit dan pemindahan besar-besaran kini sedang berlangsung.

Dalam tempoh 12 hari bulan ini, maklumat yang diterima mendapati pertempuran sengit terus berlaku dan kebimbangan ia merebak telah menyebabkan seramai 38,500 penduduk berpindah.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan hampir 10,000 daripada angka yang diperoleh PBB pada Isnin lalu. - AFP