Puting beliung Debbie mula melanda timur laut Australia hari ini, membawa bersama-samanya hujan dan angin ken­-
cang ke wilayah itu yang meng­akibatkan bekalan elektrik ter­-
putus dan pokok tumbang manakala beberapa bandar terpaksa ditutup.

Biro Kaji Cuaca Australia dalam kenyataan melaporkan, ribut taufan kategori empat pada skala lima itu mula merentasi pesisir pantai Queensland, membawa bersama angin pemusnah berkelajuan sehingga 270 kilometer sejam.

Sebelum ini timbul kebimbangan tiupan angin kencang itu bertembung dengan air pasang pada sebelah pagi yang mungkin akan menyebabkan banjir, namun tiupan angin menjadi lemah sebelum tiba di pesisir pantai di antara pekan Bowen dan Pantai Airlie.

Puting beliung yang dianggap antara yang paling dahsyat melanda negara ini juga melintasi antaranya Townsville, Prosperpine dan Great Barrier Reef dengan angin kencang sehingga mencecah 260 kilometer sejam.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk turut mengarahkan semua penduduk yang tinggal di kawasan rendah supaya segera berpindah kerana fenomena air pasang surut berbahaya sebelum situasi menjadi lebih buruk.

“Saya agak lega selepas memindahkan ribuan penduduk ke tempat lebih selamat sejak beberapa hari lepas, setakat ini kita tidak ada apa-apa insiden yang meragut nyawa,” ujarnya.

Sementara itu, media tempatan, The Australian menganggap puting beliung berkenaan sebagai bencana alam terburuk yang pernah berlaku di Pantai Airlie dalam tempoh satu kurun dengan Majlis Insurans Australia (ICA) mengisytiharkan kawasan terjejas dengan segala kemusnahan sebagai malapetaka besar.

Dalam pada itu, sebuah lombong emas di tengah Queensland telah membenarkan pen-­
duduk tempatan untuk berlin­dung daripada puting beliung yang melanda ketika ini.

Resolute Mining kelmarin membenarkan kakitangannya yang terjejas akibat puting beliung itu berlindung di Lombong Ravenswood Mine, kira-kira 100 kilometer di barat Tanjung Upstart.

Pada tahun 2011, puting beliung terburuk pernah me­landa Australia memusnahkan bebe­rapa buah bandar di sepanjang pantai timur laut Australia selepas membadai di sepanjang kawasan perairan pantai dan merentasi beberapa bandar di negara ini.

Puting beliung Yasi merentasi kawasan pantai sekitar tengah malam dengan kelajuan maksimum ka­tegori lima, sebelum menjadi semakin lemah apabila memasuki kawasan darat. – Agensi