Timbalan Datuk Bandar Davao yang juga anak lelaki kepada Presiden, Rodrigo Duterte iaitu Paolo Duterte berkata, peluang untuk menemui kesemua mangsa tersebut dalam keadaan bernyawa adalah sangat tipis sekali ketika ini.

Difahamkan, sebahagian besar daripada mangsa bertugas di bahagian pusat panggilan kompleks berkenaan.

Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan tempatan memberitahu, punca kejadian masih dalam siasatan. -REUTERS