Menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), jumlah pelarian yang maut dalam enam insiden berbeza itu meningkat enam kali ganda berbanding angka kematian yang dicatatkan pada bulan November tahun lalu.

Kejadian terbaharu melibatkan warga Afrika Barat yang meninggalkan Libya untuk ke Itali itu menjadikan jumlah korban di kawasan perairan tersebut meningkat kepada 4,636 tahun ini.- REUTERS