Lelaki tersebut kemudian dilaporkan melarikan diri ke bahagian hotel sebelum masuk ke dalam sebuah bilik dan membakar dirinya.

Portal berita BBC News melaporkan, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental menembak secara rambang ke arah skrin televisyen dan meja judi dengan menggunakan senapang menyebabkan kawasan tersebut terbakar.

Berikutan itu, kebanyakan mangsa wanita mati di dalam bilik mandi disebabkan asap tebal yang berpunca daripada meja-meja judi yang terbakar.

Kebanyakan mayat bergelimpangan di dalam kawasan kasino yang mana kebanyakan tingkap ruangan tersebut berkunci. - AGENSI