Penemuan itu menjadikan angka korban meningkat kepada 37 orang mangsa dalam insiden terbabit.

Ketua Biro Perlindungan Kebakaran wilayah Davao, Wilberto Rico Neil Kwan Tiu berkata, pihaknya terlebih dahulu mengira dan mengesahkan jumlah mayat yang ditemukan sebelum dimaklumkan kepada keluarga mangsa.

“Sebagai ketua operasi mencari mangsa yang hilang, saya meminta maaf kepada keluarga mangsa kerana tidak mampu menyelamatkan mereka,” kata Kwan Tiu. - AFP