Menurut polis, penganjur bagaimanapun menjangkakan jumlah yang keluar berhimpun mungkin mencecah antara 930,000 hingga 950,000 orang.

Himpunan atau tunjuk perasaan secara aman itu dibuat susulan tindakan pemimpin pemisah Catalonia yang berikrar mengisytiharkan kemerdekaan wilayah terbabit selepas pungutan suara yang dibuat untuk tujuan itu pada 1 Oktober lalu menerima bantahan daripada pihak kerajaan. -AFP