Timbalan ketua pengurusan bencana Ghana, Seji Saji berkata, situasi akibat banjir akibat limpahan air sungai Black Volta sudah terkawal dan pasukan bantuan sedang berusaha memberi bantuan kepada penduduk terjejas.

"Secara keseluruhan, kita merekodkan 34 kematian manakala dua lagi hilang dengan lebih 52,000 penduduk terjejas akibat banjir itu," katanya. - AFP