Channel News Asia melaporkan, penerbangan tersebut yang sepatutnya berlepas dari Athens pada 11.20 pagi waktu tempatan beberapa hari lalu, ditunda sebanyak tiga kali atas sebab tidak diketahui.

Namun, penerbangan TR713 itu akhirnya berlepas dari Athens sekitar 7 petang semalam dan selamat mendarat di Singapura, petang tadi.

Penumpang mendakwa pihak penerbangan gagal memberi kerjasama dan tidak profesional dalam mengendalikan isu terbabit.