“Kita menerima lebih lebih 300,000 kes yang disyaki dengan 7,000 kes baharu dikesan setiap hari,” kata pengarah serantau ICRC, Robert Mardini dalam laman Twitter rasminya.

Pada 7 Julai, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan terdapat 297,438 kes yang disyaki dan 1,706 kematian dicatatkan.

Walaupun kadar pertumbuhan harian keseluruhan kes telah berkurangan kepada separuh dengan dua peratus dicatatkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun penyebaran wabak di beberapa kawasan lain masih meningkat secara mendadak. - REUTERS