Menurut Gabenor Wilayah Badghis, Abdul Qhafoor Malikzai, lebih separuh daripada tentera yang terkorban akibat serangan hendap dan letupan bom.

Tambah Abdul Qhafoor, sebahagian lagi terbunuh selepas Taliban menyerang kubu tentera sejak dua hari lalu.

“Ketika gencatan senjata, Taliban telah menghantar orang untuk mengumpul maklumat mengenai pangkalan tentera dan merancang serangan,” kata ketua majlis wilayah Badghis, Abdul Aziz Bek. - AFP