Kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Baba Raghav Das di daerah Gorakhpur di utara Uttar Pradesh, negeri paling padat di India yang ditadbir parti Bharatiya Janata Party (BJP).

“Hospital berkata bahawa 23 kanak-kanak meninggal dunia pada Khamis dan 11 orang lagi semalam. Pada masa ini, hanya maklumat ini yang kami ada dan insiden terbabit sedang disiasat,” kata Superintendan Kanan Polis Satyarth Aniruddha Pankaj. - AFP