Tentera Myanmar mengakui telah membunuh hampir 70 orang ketika memburu kumpulan yang bertanggungjawab menyerang pos kawalan polis di sempadan bulan lalu, namun kumpulan pemantau berkata jumlah itu mungkin lebih tinggi.

Keganasan di perkampungan penduduk Rohingya semakin buruk hujung minggu lalu dengan media kerajaan melaporkan tentera telah membunuh lebih daripada 30 orang dalam tempoh dua hari pertempuran selepas satu serangan hendap yang dihalang tentera menggunakan helikopter tempur.-AFP